Aku Ingin Seperti Kamu....

Oh Bulan,
Aku Ingin Menjadi Mu,
Kerana Kau Sering Dipandang Dan Dipuja.

Oh Bintang,
Biarkan Aku Menjadi Seperti Mu,
Kerana Kerdipan Cahaya Mu Memukau Ku.

Oh Angin,
Jika Aku Adalah Kamu,
Akan Ku Biarkan Kesejukkan Ku Menghilangkan Kegusaran.

Oh Ombak,
Aku Ingin Seperti Mu,
Kerana Sekali Ombak Bah Pasti Pantai Berubah.

Oh Pasir Pantai,
Andai Aku Adalah Kamu,
Kesetiaan Mu Pada Ombak Membuat Ku Terpaku.

Oh Lautan,
Alagkah Indahnya Menjadi Mu,
Akan Ku Tenggelamkan Segala Kekusutan Ku Ke Dasar Mu.

Semua Itu Jika Aku Seperti  Mu
Oh Bulan, Bintang, Angin, Ombak, Pasir Pantai Dan Lautan.

...::: Puisi Kasih :::...

Comments

Popular Posts