Lelaki Pujaan

Ada Satu Cerita
Kisah Tentang Dia
Yang Diuji Hatinya
Dengan Perasaan Cinta..

Kisah Bermula Dizaman Persekolahan
Bercinta Dengan Lelaki Pujaan
Bukan Pujaan Dia
Tetapi Pujaan Si Kawan-Kawan...

Hati Berbunga Tidak Karuan
Bila Cinta Menjadi Perbualan
Bertuahnye Diri Dikalangan Kawan-kawan
Kerana Dipilih Menjadi Pasangan...

Surat Penghubung Perbualan
Kerana Dia Terlalu Segan
Untuk Bersembang Secara Berdepan
Walaupun Sudah Berbulan Perkenalan...

Saat Pertama Atur Pertemuan
Perpustakaan Menjadi Pilihan
Tak Tahu Apa Yang Ingin Diperkatakan
Masing-Masing Kelu Bila Berdepan...

Coklat Diberi Sebagai Permulaan
Hadiah Pertama Dibulan Kelahiran
Tapi Hampa Yang Dirasakan
Kerana Coklat Bukan Makanan Kesukaan...

Setahun Berlalu Sebagai Pasangan
Surat Dan Telefon Antara Peneman
Berjanji Akan Ada Pertemuan
Di Ibu Kota Tempat Perjumpaan
Pertama Kali Keluar Jalan-Jalan....

Diujinya Mereka Bukan Kerana Kesetiaan
Tetapi Hati Tiba-Tiba Tiada Perasaan
Marah Dan Benci Menguji Kesabaran
Mampukah Hubungan Dipertahankan...

Nekadnye Dia Memutuskan Hubungan
Disuruhnya Kawan Mengunggapkan Perkataan
Telefonlah Sebagai Perantaraan
Membuat Keputusan Tanpa Fikiran...

Saat Dia Hancurkan Perasaan
Jam Pemberian Menjadi Korban
Luka Dihati Tak Sama
Seperti Luka Jatuh Dijalan...

Mengapa Air Mata Tidak Kelihatan
Kerana Bagi Dia Cinta Hanya Mainan
Mainan Di Alam Persekolahan
Yang Mungkin Tak Kan Berkekalan...

Kasihan Diri Tidak Dipedulikan
Walaupun Penat Merayu Perasaan
Agar Tidak Ditinggalkan
Serta Tarik Segala Keputusan...

Bertahun Sudah Kejadian
Menyesalnya Si Dia Kerana Meninggalkan
Tapi Tiada Apa Yang Boleh Diperbetulkan
Kerana Dia Telah Dilupakan...

Hajat Dihati Inginkan Pertemuan
Mencuba Nasib Mulakan Perbualan
Maaf Di Minta Untuk Ketenangan
Berharap Diri Diberi Kemaafan
Atas Segala Perbuatan....

Wahai Lelaki Pujaan
Tolong Maafkan Segala Kesilapan
Kerana Kamu Seringin Kali Terlintas Difikiran
Walaupun Tahu Kamu Hanya Kenangan....

Andai Boleh Kembali Semula
Akan Ku Jaga Cinta Kita
Kerana Ini Cinta Pertama
Cinta Yang Sukar Dilupa...


#KisahCinta #CintaMonyet #CintaPertama #PuisiKasih #LelakiPujaan #KompilasiCinta #OrkidHutan

15th August 2018
19:18
Wednesday
Ampang

Comments

Popular Posts