Jauh

Buat Kamu Nun Jauh Disana
Tiada Lagu Untuk Ku Tujukan
Cuma Puisi Sebagai Luahan
Meluah Rasa Pada Tulisan...

Buat Kamu Nun Jauh Disana
Terima Kasih Aku Ucapkan
Lagu Yang Kamu Tujukan
Buat Aku Kelu Tanpa Luahan...

Buat Kamu Nun Jauh Disana
Kita Memandang Langit Yang Sama
Menghirup Udara Yang Sama
Tapi Mengapa Masih Terpisah Antara Benua...

Buat Kamu Nun Jauh Disana
Semoga Baik-Baik Sahaja
Kerana Kita Baru Bermula
Berharap Engkau Terus Setia...

Buat Kamu Nun Jauh Disana
Tolong Luangkan Sedikit Masa
Walau Masih Belum Biasa
Kerana Diri Sering Terasa...

Buat Kamu Nun Jauh Disana
Andai Ada Yang Tak Kena
Sila Luahkan Segalanya
Jangan Diam Seribu Bahasa
Ini Untuk Kebaikkan Bersama...

Buat Kamu Nun Jauh Disana
Adakah Kamu Juga Merasa
Perasaan Rindu Yang Datang Tiba-Tiba
Sedangkan Diri Tidak Tahu Mengapa
Sering Kali Mengalirkan Air Mata...

Buat Kamu Nun Jauh Disana
Wujudnya Sayang Wujudnya Cinta
Tapi Benarkah Semuanya
Kerana Hati Sering Tertanya
Maksud Disebalik Segala Rasa...

Buat Kamu Nun Jauh Disana
Sayang Itu Sebagai Luahan
Andai Kau Masih Belum Rasakan
Lihatlah Pada Setiap Perbuatan...

Buat Kamu Nun Jauh Disana
Walau Masih Belum Bersua
Doa Ku Sentiasa Ada
Buat Dirimu Yang Jauh Disana...

Buat Kamu Nun Jauh Disana
Masihkah Akan Ada Pertemuan
Sedangkan Masa Terus Berjalan
Kerana Penanti Itu Satu Penyeksaan...


30th August 2018
Thursday
23:33

Comments

Popular Posts