Kita

Jika Cinta Bererti Memberi,
Berilah Seikhlas Hati,
Agar Diri Lebih Dihargai...

Jika Cinta Bererti Menerima,
Terimalah Kelebihan Dan Kekurangannya,
Kerana Itu Selayaknya..

Jika Cinta Bererti Setia,
Setialah Hingga Hujung Nyawa,
Kerana Itulah Doa Kita...

Jika Cinta Bererti Bahagia,
Jangan Di Ingat Kisah Duka,
Yang Boleh Merosak Jiwa...

Jika Cinta Bererti Aku Dan Dia,
Mana Mungkin Ada Yang Lainnya,
Kerana Itu Hanya Dunia Kita...

Jika Cinta Bererti Pilihan,
Moga Betul Segala Percaturan,
Yang Mewujudkan Kesempurnaan...

Andai Cinta Adalah Pengorbanan,
Lakukan Dengan Ketulusan,
Agar Cinta Kekal Berterusan...

21:35
Wednesday
11th September 2019

Comments

Popular Posts