Insan Terluka

Tuhan,
Dia Hanya Insan Biasa
Dia Tak Mampu Menjaga Semua
Dia Tersepit Dengan Keadaan Yang Ada
Tapi Dia Cuba Sebaiknya
Walaupun Dia Sendiri Terluka

Tuhan
Dia Tahu Dugaan Mu Biasa Sahaja
Walaupun Dia Tak Cukup Kuat Untuk Melaluinya
Bantulah Dia Bangkit Semula
Walau Perit Yang Dia Rasa
Kerana Dia Belum Cukup Bersedia

Tuhan
Kuatkanlah Dia
Tabahkanlah Hatinya
Berilah Kekuatan Pada Dia
Supaya Tenang Hatinya
Dan Kembali Seperti Sedia Kala

Tuhan
Andai Dia Terluka Sembuhkanlah Dia Segera
Andai Dia Mengalirkan Air Mata Bantulah Dia Senyum Semula
Kerana Apa Yang Terjadi Sudah Tertulis Takdirnya
Siapalah Dia Nak Menolaknya
Melainkan Hanya Reda Menerima

Jumaat
2150
1 Oktober 2021
Kuala Lumpur, Malaysia

#InsanTerluka

RY❤

Comments

Popular Posts