Senyuman Mu

Senyum
Walau Kau Sedang Berduka
Kerana Ia Adalah Pengubat Lara
Mengajar Kita Erti Bersyukur Apa Adanya

Senyum
Agar Dapat Menutup Segala Luka
Supaya Tidak Kelihatan Air Mata
Hanya Terlihat Bahagia

Senyum
Ikhlaskan Hati Ikhlaskan Jiwa
Biar Semua Nampak Sempurna
Di Mata Setiap Yang Melihatnya

Senyum
Walau Hanya Pura-Pura
Tapi Jangan Biar Ia Terlalu Lama
Ajarlah Hati Untuk Menerima
Senyuman Ikhlas Tanpa Duka

Senyum
Moga Masa Dan Waktunya Tiba
Berdoa Agar Senyuman Itu
Betul-Betul Senyuman Bahagia

2239
Selasa
19 Oktober 2021
Kuala Lumpur, Malaysia 

Comments

Popular Posts